Wednesday, March 25, 2009

Emas Diantara Alternatif Pelaburan Terbaik.


Di antara berita buruk yang berkaitan dengan ekonomi US yang sedang mempengaruhi pasaran-pasaran di seluruh dunia, emas adalah suatu harapan alternatif. Kebolehan emas sebagai penjamin terhadap ketidakpastian dan ketidakstabilan serta sebagai pelindung daripada risiko, menjadikannya suatu aset yang sesuai digunakan dalam keadaan masa yang tidak menentu. Keadaan masa yang tidak menentu dan ketidakpastian dianggap sebagai tidak baik untuk para pelabur tetapi tidak semestinya bagi komoditi. Dalam tahun yang lalu, harga kebanyakan komoditi di dunia telah meningkat tinggi dan mengakibatkan penambahan kepada kadar inflasi. Emas adalah terbukti sebagai suatu aset yang selamat semasa inflasi. Beberapa pelabur institusi yang terbesar di dunia melabur dalam emas secara besar-besaran.
Kesemua matawang adalah bergantung kepada kestabilan kerajaan. Ingat kembali kepada masa keruntuhan matawang Jepun serta German selepas perang dunia kedua dan juga matawang Iraq selepas pengambilan kuasa semula daripada Saddam Hussein. Apabila sesuatu kerajaan runtuh, matawangnya akan menjadi tidak bernilai. Hanya emas merupakan suatu bentuk wang yang sebenar.
Bank-bank pusat kerajaan menghasilkan wang tanpa sesuatu dengan cara mencetak lebih banyak duit kertas. Dalam krisis kewangan dunia 2008, kerajaan-kerajaan utama di seluruh dunia mengepam beratus-ratus bilion USD ke dalam sistem kewangan. Di Amerika Syarikat, presiden Bush menggelar kegiatan ini sebagai pakej stimulus ekonomi. Tetapi, dari manakah datangnya wang tersebut? Bukan dari mana-mana. Mereka cuma menghasilkan lebih banyak wang dan perbuatan ini menyebabkan penimbulan inflasi sebagai suatu kesan sampingan. Apabila manusia mula cemas terhadap matawang yang kurang bernilai oleh kerana inflasi, ia menjadi sebab utama bagi mereka untuk kembali semula kepada emas, terutamanya dalam keadaan masa yang tidak menentu.
  • Tahun 2001 dan tahun 2007, apabila harga saham naik sebanyak 19%, harga emas pula naik sebanyak 204%.
  • Tahun 2008, apabila harga saham turun sebanyak 13%, harga emas pula naik sebanyak 23%.
  • Tahun 2002 dan tahun 2008, apabila matawang USD mengalami kerugian sebanyak 27%, harga emas pula naik sebanyak 271%.
Nilai matawang USD telah merosot secara ternyata pada masa kini. Ini mengakibatkan dua kesan yang besar terhadap harga emas. Pertama sekali, kebanyakan emas dilombong luar daripada Amerika Syarikat dan kos perlombongan bukan dikira dalam USD. Jadi, lebih banyak matawang USD perlu dibelanjakan untuk melombong kuantiti emas yang sama dan oleh kerana itu harga emas perlu meningkat. Kedua, komoditi utama yang lain seperti minyak yang juga dihasilkan luar daripada Amerika Syarikat akan turut meningkat dalam harga. Apabila harga minyak dan makanan meningkat, ia akan mengakibatkan penimbulan inflasi. Dalam situasi ini, inflasi akan menyebabkan orang ramai membeli lebih banyak emas.
Pendek kata, harga emas telah meningkat pada masa yang baik dan juga pada masa yang menyusahkan. Emas juga meningkat pada masa inflasi tidak kira sama ada dalam ekonomi yang baik atau buruk.

Harga Emas Tetap Akan Naik
Harga emas ditetapkan oleh undang-undang bekalan dan permintaan yang tidak berubah. Apabila permintaan melebihi bekalan, harga mesti meningkat. Bagi emas, permintaan terlalu melampaui bekalan setiap tahun secara konsisten. Kemerosotan nilai wang Amerika turut meningkatkan harga emas.
Pada bulan Mac 2008, emas mencapai harga sebanyak US$1,000 / auns buat masa pertama kali dalam sejarah. Dalam hanya dua setengah bulan yang pertama pada tahun 2008, emas telah meningkat sebanyak 23%. Pada masa yang sama, bursa-bursa saham di seluruh dunia telah mengalami kerugian diantara 10% hingga 35%.
Harga emas biasanya dijanka menaik semasa ekonomi mengalami kemelesetan. Jika emas dibeli pada bulan Januari 2001, maka emas itu akan meningkat sebanyak 274% pada bulan Mac 2008.

Template by:
Free Blog Templates